<

Tarikh Cuti

Tarikh Cuti Umum | Tarikh Cuti Sekolah

Tarikh Cuti Hari Keputeraan YDB Negeri Sembilan

Diputerakan sebagai Yang Mulia Tunku Muhriz Ibni Tunku Munawir pada 14 Januari 1948 di Kuala Pilah Negeri Sembilan.

Baginda merupakan satu-satunya putera kepada YAM Tunku Laksamana Munawir Ibni Tuanku Abdul Rahman dan YAM Tunku Duratun Nafisah Azibah Binti Tunku Besar Burhanuddin.

Maklumat cuti hari Keputeraan Yang Di-pertuan Besar Negeri Sembilan untuk tahun 2016, adalah seperti berikut.

Sambutan : Hari Keputeraan YDP N. Sembilan

Tarikh : 14 Januari 2016

Hari : Khamis

Berikutan itu, cuti hanya diumumkan hanya untuk Negeri Sembilan.

Sedikit maklumat tambahan yang dipetik dari http://warisanpermaisuri.blogspot.my/

” Tuanku Muhriz merupakan cucunda kepada Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan ke 8 dan juga Yang DiPertuan Agong Pertama Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad. Baginda juga merupakan cucunda kepada YAM Tunku Besar Seri Menanti Tunku Besar Burhanuddin Ibni Almarhum Tuanku Antah.

Baginda merupakan anak ketiga daripada 6 adik beradik. 2 orang kekanda baginda telah mangkat iaitu YAM Tunku Umpa Munawirah dan YAM Tunku Mudziah. Manakala adinda-adinda baginda terdiri daripada YAM Tunku Datin Anne Dakhlah, YAM Tunku Deborah dan YAM Tunku Datin Deannah…”

Tarikh Cuti Tahun Baru 2016

Cuti Tahun Baru diraikan setiap tahun di hampir seluruh negeri di Malaysia. Walaupun sambutan adalah berbeza bagi setiap negeri dan tidak melibatkan peringkat kebangsaan, ianya adalah cuti yang dikira sebagai permulaan tahun baru. Walau bagaimanapun, tidak semua negeri terlibat dengan cuti tahun baru baru 2016 ini.

Bagi tahun 2016, tarikh cuti umum tahun baru adalah seperti berikut.

Sambutan : Tahun Baru 2016

Tarikh : 1 Januari 2016

Hari : Jumaat

Negeri yang terlibat dengan cuti tahun baru 2016 ialah :

  • Sarawak
  • Sabah
  • Pahang
  • Perak
  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Pulau Pinang
  • WP Kuala Lumpur
  • WP Labuan
  • WP Putrajaya

Manakala negeri yang tidak terlibat ialah seperti berikut :

  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Perlis
  • Terengganu

Antara program yang paling dinanti-nantikan pada sambutan tahun baru ialah pertunjukan bunga api. Pertunjukan bunga api ini menjadi simbolik kepada penetupan satu tahun, dan meraikan kepada tahun baru.

Dan selain dari pertunjukan bunga api,juga diadakan konsert menjelang pengiraan detik 12 malam yang mana biasanya akan dibarisi oleh penyanyi tempatan.

Hello world!

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!

© 2016 Tarikh Cuti

Theme by Anders NorenUp ↑